Sepuluh Bagi Satu Huruf07.09.08

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah akan diberikan satu kebaikan dan satu kebaikan adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata bahawa (alif, lam, mim contohnya) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) satu huruf dan (mim) satu huruf.”

Posted in Santapan Rohaniwith No Comments →

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak29.08.08

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada kekawan yang beragama Islam. Di samping kita berpuasa kerana Allah, mungkin ada beberapa idea yang boleh dicadangkan untuk diamalkan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Idea yang boleh kita pertimbangkan ialah:

1. Kita disunatkan berbuka lebih awal. Tetapi bukan berbuka dengan rokok. Ntah apa-apa je kejar sunat berbuka awal, tapi dimulakan dengan benda makruh. Sekurang-kurangnya tunggu la sekejap. Makan dulu. Lagi bagus kalau berhenti terus. Segalanya bergantung pada niat.

2. Jom kita berdiet. Sesiapa yang ada lemak lebih tu, boleh la sambil menyelam minum air. Mudah je. Jangan berbuka puasa berlebih-lebihan. Buang mentaliti “aku dah sehari tak makan, jadi aku kena balun lebih sikit.” Makan seperti biasa iaitu macam kita ’sekali makan’. Bukan makan mewakili sehari. Patut la ada orang makin puasa, makin gemuk. Sebab bulan puasa makan lebih banyak daripada hari biasa.

3. Jangan fikir puasa tu semestinya untuk berlapar. Allah menguji keimanan kita sama ada sanggup korbankan makan minum buat seketika. Sebab itu kalau terminum tak sengaja, tak batal puasa sebab ia bukan suruh kita berlapar tetapi sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Ia rukun Islam yang keempat. Mengucap kalimah syahadah, sanggup ke kita korbankan hati dan lidah kita untuk beriman denganNya? Solat, boleh spend masa dan tenaga? Puasa, boleh korbankan nafsu? Zakat, boleh korbankan wang ringgit? Haji pula ialah mengorbankan dengan menginggalkan segalanya dalam hidup kita termasuk nyawa sendiri, keluarga, harta dan sebagainya. Semuanya, KERANA DIA.

4. Sempena puasa ni bolehlah kita berjimat. Breakfast dan lunch di pejabat dah tak perlu lagi. Makanlah secara sederhana. Persiapan raya pun elok juga secara sederhana. Nak grand sangat? Tak sampai ke mana pun.

Kalau korang ada tips lain untuk dikongsi bersempena bulan puasa ni, share la kat comment ok?

Tags: , , ,

Posted in Santapan Rohaniwith 1 Comment →

Sesi Fotografi Sempena Perkahwinan26.08.08

 

 

 

Posted in Saja-sajawith 1 Comment →

Cara menyelamatkan orang Melayu?25.08.08

Artikel ni menarik perhatian saya… Apa pendapat korang?

SEJARAH di Malaysia telah menunjukkan bahawa orang Melayu terlalu memberi muka kepada orang Cina sehinggakan orang Cina tidak pernah menghargai segala kebaikan yang dilakukan oleh orang Melayu. Lebih dari itu, orang Cina tidak pernah menunjukkan rasa hormat kepada orang Melayu.

Setelah sekian lama, mereka terus angkuh dengan tidak mahu menggunakan bahasa Melayu malah lebih rela menggunakan bahasa Inggeris sedangkan penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris tidaklah sebegitu hebat. Mereka juga jahil akan kebudayaan Melayu dan tidak sensitif akan agama orang Islam. Mengapa hal ini semua terjadi sedangkan mereka telah bertapak sejak sekian lama?

Hari ini, seringkali dibincangkan bahawa hak-hak orang Melayu akan tergadai dan orang Melayu kini bersifat defensif ditanah sendiri apabila mereka naik marah apabila pemimpin-pemimpin Cina mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang Melayu. Sebenarnya, hal ini tidak perlu bangkit sama sekali kerana tanah ini merupakan tanah orang Melayu.

Apa yang orang Melayu mahukan sebenarnya? Dari pemerhatian saya, orang Melayu tidak meminta lebih. Cukuplah dengan orang Cina bertutur bahasa Melayu yang fasih. Dengan ini, tidak wujud lagi perasaan prejudis orang Melayu terhadap orang Cina. Cuba lihatlah dinegara-negara lain dimana kelompok-kelompok minoriti terus tertindas sungguhpun mereka menuturkan bahasa kebangsaan negara tersebut dengan lancar. Tetapi berbeza di Malaysia. Saya yakin bahawa orang Melayu sendirinya akan berlembut hati apabila orang Cina bertutur dalam bahasa Melayu. Orang Melayu tidak pernah meminta orang Cina menukarkan nama mereka, mengharamkan kebudayaan mereka, menghalang kebebasan agama mereka. Yang orang Melayu pinta ialah orang Cina bertutur bahasa Melayu diluar rumah. Lihatlah! Begitu senang untuk memenangi hati orang Melayu tetapi orang Cina tidak pernah sedar akan hal ini. Saya pasti bahawa orang Melayu tidak akan prejudis terhadap orang Cina jika hal ini berlaku. Malah, orang Melayu sendiri akan membela orang Cina yang tertindas jika orang Cina dengan sendirinya mengasimilasikan diri mereka kedalam kebudayaan Melayu. Sedihnya, ini tidak berlaku.

Mewujudkan hal keistimewaan Melayu sendiri menunjukkan bahawa orang Melayu adalah lemah. Perasaan tidak puas hati wujud dikalangan orang Cina juga timbul kerana hak istimewa Melayu. Secara logiknya, masih perlukah kita akan hak keistimewaan orang Melayu sedangkan orang Melayu sejak dahulu lagi mempunyai kuasa politik yang mampu menggubal undang-undang negara? Kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu sendiri merupakan hak istimewa orang Melayu kerana mereka sendiri mempunyai kuasa untuk melindungi orang Melayu dengan kuasa mereka itu dengan tidak bergantung rujuk kepada hak istimewa orang Melayu. Sebagai contoh, di UK tidak wujudnya hak istimewa orang Inggeris. Malah, kerajaan Inggeris juga mempunyai polisi Hak Samarata (Equal Opportunity) dalam melayani kaum-kaum minoriti disana. Bayangkanlah jika wujudnya perkara seperti ‘hak istimewa orang Inggeris’, ini sudah pasti akan mengundang perasaan marah kaum-kaum lain dan juga pihak antarabangsa. Tetapi secara realitinya, kerajaaan Inggeris dapat mewujudkan amalan-amalan yang memberi keutamaan kepada orang Inggeris secara senyap tanpa bergantung kepada frasa ‘hak keistimewaan’. Sungguhpun wujudnya Hak Samarata, jawatan-jawatan tertinggi disesebuah organisasi akan sampai bila-bila dipegang oleh orang Inggeris, kemasukan universiti akan terus diberi keutamaan kepada orang Inggeris, pemilihan untuk temuduga kerja akan terus diberikan kepada orang Inggeris. Semua ini adalah dasar diskriminasi yang tidak kelihatan. Secara jujurnya, anda akan tahu apa had yang dapat anda kecapi jikalau anda berada dinegara orang. Maka, sama jugalah kesnya di Malaysia. Orang Melayu dapat melakukan perkara yang sama tanpa menunjukkan bahawa diskriminasi yang dilakukan itu diamalkan secara terbuka sehingga wujudnya dokumen yang menyatakan hak keistimewaan orang Melayu.

Jikalau kita mahu jadikan Melayu sebagai bangsa yang hebat, kita perlulah lihat dari sejarah bagaimana orang Eropah berjaya menjadi sebuah bangsa yang disegani. Kalau dilihat dari sejarah bangsa Eropah tidak pernah memberi muka kepada kaum-kaum pendatang. Lihat sahaja sejarah di Australia, UK dan Amerika. Dinegara-negara ini, memang tersedia wujud undang-undang yang secara terang mendiskriminasikan orang bukan Putih. Diskriminasi yang dilakukan adalah seperti hal bekerja, pembelian rumah, layanan terhadap orang bukan Putih, penghijrahan orang Putih ke kawasan baru, sekatan ekonomi dan sebagainya. Diskriminasi yang dilakukan mereka dimasa lampau menjadikan mereka sebagai sebuah bangsa yang hebat pada hari ini. Di Indonesia dan Thailand, orang Cina diasimilasi secara paksa dan hari ini mereka tidak lagi melihat diri mereka sebagai orang Cina. Tetapi di Malaysia, dasar diskriminasi besar-besaran yang mampu mengubah gaya hidup orang Cina tidak pernah terjadi. Maka, beginilah keadaanya pada hari ini.

Apakah suatu perkara yang zalim jika kita mengasimilasikan diri ditempat orang? Sejarah menunukkan bahawa berbezaan mewujudkan ketegangan. Oleh itu, adalah penting jika sesebuah masyarakat itu berkongsi nilai-nilai yang sama. Pada hari ini, negara Eropah tidak lagi mengamalkan dasar diskriminasi secara terbuka seperti mereka lakukan dahulu sehinggakan terdapat dokumen undang-undang yang membenarkan diskriminasi. Hakikatnya, diskriminasi masih wujud. Mengapa orang Cina jikalau berada di UK, US, Australia sebagai contoh, sanggup menukarkan nama mereka dan mengajar anak-anak mereka berbahasa Inggeris? Kerana mereka sedar bahawa jika anak-anak mereka terus memakai nama Cina dan bertutur bahasa Inggeris beloghatkan Cina, anak mereka tidak akan kemana. Sebab itu mereka sanggup berkompromi kerana tidak mahu didiskrimasi kelak. Tidak dinafikan bahawa untuk bekerja di US. UK, Australia dan sebagainya adalah penting untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lancar. Tetapi penguasaan bahasa semata-mata tidak mencukupi. Survey yang dijalankan BBC menunjukkan bahawa calon-calon temuduga yang mempunyai nama-nama asing mempunyai keberangkalian yang lebih rendah untuk dipanggil ditemuduga berbanding calon-calon yang mempunyai nama Barat. Maka kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, diskriminasi tetap wujud dimana-dimana. Soalnya ialah samada ianya dilakukan secara terbuka ataupun secara senyap-senyap. Walau apa caraya sekali pun, keputusannya tetap sama.

Seperti yang dibincangkan tadi, negara-negara tersebut mempunyai bilangan majoriti yang nyata dan bilangan minoriti tidaklah begitu banyak sekali. Sungguhpun bilangan minoriti tidak banyak, kaum majoriti mempunyai perasaan yang sangsi terhadap kaum minoriti yang sikit bilangannya. Di Malaysia, orang Cina membentuk suku daripada keseluruhan rakyat Malaysia dan ini merupakan suatu perkara yang perlu dirisaukan. Dalam hal ini, kita perlulah berusaha mengubah demografi negara. Australia, Kanada dan Amerika mempunyai bilangan orang kulit Puith yang ramai kerana dasar penghijrahan yang menggalakkan orang kulit Putih berhijrah ke negara-negara tersebut. Pada waktu itu, syarat bagi orang bukan Putih untuk berhijrah ke negara berkenaan sangatlah ketat. Di Singapura contohnya, kita telah mengetahui bagaimana kerajaan tersebut berjaya mengubah demografi tersebut dengan memanggil orang-orang Cina dari China, Taiwan dan Hong Kong untuk menetap di Singapura. Perkara yang penting disini ialah mereka tidak kisah akan kerakyatan seseorang. Yang penting mereka semua adalah dari rumpun yang sama. Oleh itu, orang Melayu di Malaysia perlulah menggalakkan penghijrahan rumpun Melayu yang lain dari Nusantara kedalam Malaysia.

Seringkali, pemimpin-pemimpin Melayu bersuara untuk menaikkan martabat orang Melayu tetapi pula mereka mahu belajar dari sejarah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya mampu mengecapinya. Melihat keadaan di Malaysia, saya tidak yang yakin bahawa lahirnya seorang pemimpin Melayu yang patriotik untuk melakukan dasar-dasar seperti yang dibincangkan diatas. Akan tetapi, golongan-golangan pemuda mempunyai peranan. Kita juga telah lihat dari sejarah bagaimana golongan pemuda-pemuda yang cintakan bangsa mampu mengubah sesebuah negara. Saya yakin bahawa ramai pemuda-pemuda berkongsi ideologi seperti yang dibincangkan diatas. Apa yang kita perlukan sekarang ialah permulaan untuk berjuang bersama-sama untuk menegakkan bangsa.

Sumber: mykmu.net

Posted in Gossipwith 2 Comments →

Antara Dua Servis Kereta15.08.08

DI NEGARA kita ni ada dua syarikat kereta keluaran tempatan utama. Seperti biasa, pembeli kereta diberi syarat untuk mengikuti program servis secara berkala mengikut ukuran kilometer (servis 1,000km; 5,000km; 10,000km dan seterusnya) agar kereta lebih terjamin kualitinya. Kalau ada masalah  kerosakan tertentu dalam tempoh dua tahun ataupun sebelum melebihi 50,000km, maka pengedar bertanggungjawab untuk memperbaiki atau menggantikannya secara percuma.

Persoalannya ialah, betul ke dengan mengikuti servis tersebut kualiti kereta kita lebih terjaga? Benarkah setiap masalah yang diadukan dapat diselesaikan dengan baik ataupun hanya diabaikan begitu saja?

Bagaimana pula dengan faktor tempoh masa servis beroperasi? Ada sesetengah tempat menjanjikan tempoh bahawa satu sesi servis biasa boleh siap dalam sejam sahaja ataupun kita berhak tidak membayar cas servis tersebut. Sedangkan ada tempat tertentu melakukan servis sehari suntuk (hantar pagi, lewat petang baru siap) padahal kalau kita hantar ke workshop biasa, cuma melibatkan masa lebih kurang setengah jam saja.

Ramai yang kata pembelian kereta tempatan dengan mengikuti program servisnya jarang sekali memuaskan hati. Bahkan sampai kita hilang kepercayaan. Mungkin akibat tiada pilihan, kita terpaksa menghadapinya juga kerana faktor kemampuan ekonomi peribadi. Betul ke kita semua ni pakai kereta tempatan kerana terpaksa? Kalau ada duit lebih, pastinya kereta import menjadi pilihan utama.

Apa pendapat korang? Cuba tengok berapa harga kereta import idaman korang di pasaran antarabangsa. Agak-agak mampu pakai tak?

Posted in Gossipwith 1 Comment →

Jangan Tafsir Perlembagaan Ikut Pemahaman Sendiri01.08.08

JOHOR BAHRU, 31 Julai: Rakyat negara ini tidak seharusnya mentafsirkan maksud perlembagaan mengikut pemahaman sendiri kerana perkara itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pihak.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata pemahaman sebenar kandungan perlembagaan sedia ada adalah penting agar tidak menimbulkan prasangka di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita semua agak kecewa apabila terdapat sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan dengan mengeruhkan keharmonian integrasi demi kepentingan kelompok masing-masing.

“Kontrak sosial yang sudah diamalkan sejak dulu tidak perlu dipertikai bagi kepentingan kelompok tertentu kerana apa juga yang dilakukan tidak mungkin dapat memenuhi kehendak setiap pihak,” katanya.

Ketika berucap di majlis perasmian Perhimpunan Integrasi sempena sambutan Bulan Perpaduan peringkat Negeri Johor 2008, beliau mengingatkan rakyat bahawa persefahaman adalah unsur penting bagi membolehkan setiap kelompok masyarakat menikmati kemajuan dalam bidang ekonomi, kemahiran dan pendidikan.

Jelasnya, dasar-dasar negara perlu dihayati dengan ikhlas tanpa prejudis bagi mewujudkan keharmonian antara kaum.

“Masyarakat di negara ini sangat beruntung kerana mereka bebas mengamalkan agama, bahasa dan budaya masing-masing.

“Berlainan dengan negara lain, misalnya Eropah yang mengamalkan dasar asimilasi, pendatang terpaksa menerima dan akur dengan budaya tempatan, sementara mereka diminta membuang budaya sendiri,” katanya.

Beliau juga mengharapkan agar masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mempunyai identiti masing-masing akan terus hidup dalam suasana harmoni.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abd. Latiff Yusof; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd. Ali Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Amin Hassan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Sumber: http://johordt.gov.my/pmbj

Posted in Saja-sajawith No Comments →

More Optical Illusion30.07.08

Aku memang suka tengok benda-benda macam ni. Nampak unik. Gambar-gambar ni pun aku dapat dari email. Biasanya cuma gambar-gambar yang sama je digunakan mengenai ilusi optik ni. Tapi kali ni aku tengok agak berlainan daripada yang lama. Mungkin ia adalah antara gambar terbaru yang diimaginasikan oleh pelukis. Mari kita tenung sama-sama. Jangan sampai juling mata sudahlah.

 

 

  More →

Posted in Psikologiwith 2 Comments →

Suatu Hari di Hari Jadi22.07.08

APA yang lebih penting pada ‘birthday’ kita? Perut kenyang? Kek harijadi? Buat wish dan tiup lilin dengan senafas? Hadiah yang mahal atau cute? Ataupun ucapan selamat hari jadi pada jam 12 malam di tarikh berkenaan? Kalau itu semua dianggap lebih penting, maka kita akan kecewa tahap Gaban kalau hari jadi tidak disambut sedemikian.

Hari ni genap umur aku yang ke 29… Dah tua rupanya aku ni. Sebenarnya aku tak ingat pun yang hari ni ialah 22 Julai iaitu tarikh lahir aku… Terima kasih diucapkan kepada wife aku sebab ucapkan selamat hari jadi pada jam 12 malam tadi sebagai tanda menghargai dan ingat. Kebetulan aku belum tidur lagi sambil memasang kipas siling yang baru dibeli tadi.

Bagi aku, apa yang lebih penting pada ulangtahun hari kelahiran kita ialah azam dan muhasabah diri. Dalam usia selama kita hidup ni, apakah usaha serta kerjayaan yang sudah dicapai hingga hari ini cukup berbaloi peningkatan umur kita? Apakah kejayaan yang aku dapat hari ini sesuai dengan kejayaan yang sepatutnya aku capai dengan umur 29 tahun ni? Rasanya masih banyak yang kurang…

Hadiah dan kek harijadi aku tak berapa kisah sangat. Tapi kalau orang nak kasi, bagus juga. Hehehe

Kalau 1 Januari atau 1 Muharam setiap tahun disambut dengan azam baru, maka harijadi pun aku anggap sebagai tahun baru bagi aku. Elok juga kalau kita tanam azam menjelang peningkatan usia.

Syukur kerana wife dan ahli keluarga terdekat masih menyambut dan mengucap selamat pada minggu harijadi aku ni. Walaupun tak semestinya tepat jam 12 malam… tak kisah sangat la

Semoga pertambahan usia meningkatkan lagi kematangan diri dan pencapaian hidup. Aku inginkan hidup yang bermakna dalam menikmati kesihatan jasmani, ketenangan rohani, kestabilan emosi dan kekayaan material. Selamat harijadi untuk diri aku sendiri huhuhuhu.

Tags: ,

Posted in Saja-sajawith 1 Comment →

Bunga Buah Naga17.07.08

Sori la dah lama tak update blog ni… sebenarnya aku baru je balik dari Family Day di Desaru… Penat la jugak… Tapi aku nak share dengan korang tentang buah naga (Dragon Fruit). Mungkin semua orang pernah tengok buah naga, tetapi belum tentu korang pernah tengok bunganya kan? Kalau nak tau, macam ni la rupanya. Tengok gambar sikit…

Posted in Saja-sajawith 1 Comment →

Penggunaan Alkohol Dalam Minyak Wangi10.07.08

ADAKAH hukum Alkohol sintetik pada minyak wangi itu sama seperti hukum arak dari setiap sudut; lantas penjualan, pembelian, pemilikan, dan penggunaannya diharamkan? Apakah minyak wangi beralkohol perlu dijauhi pada keadaan bukan darurat? Ataupun Alkohol itu langsung tidak berkaitan dengan arak?

Persoalan ini menerbitkan jawapan dengan mengetahui terlebih dahulu jawapan bagi soalan-soalan lain yang terbayang di dalam pemikiran. Mungkin kita masih belum mengetahui jawapan bagi solana seperti berikut:

  1. Adakah sifat Alkohol sintetik itu terdapat pada arak? Ataupun alkohol sintetik itu adalah hasil daripada campuran jus buah yang diperam hingga menghasilkan bahan memabukkan?
  2. Arak itu jika diminum akan menghasilkan rasa seronok, berpoya-poya, dan kesenangan serta merosakkan akal. Adakah dengan meminum Alkohol sintetik juga adalah untuk tujuan keseronokkan sebagaimana yang dapat diperolehi daripada meminum arak? Dan adakah ianya memudaratkan kesihatan ataupun tidak?
  3. Adakah para peminum arak yang ketagih akan meminta Alkohol sintetik dalam minyak wangi, atau Alkohol yang digunakan di farmasi dan tempat rawatan, kemudian akan meminumnya sebagaimana dia meminum arak? Ataupun perasaan mereka tidak memerlukannya dan tidak menginginkannya?
  4. Adakah Alkohol yang terkandung dalam perahan anggur yang telah diperam (dijadikan arak) itu berbeza dengan jenis Alkohol sintetik yang sumbernya berbeza pada kandungan kimianya?
  5. Adakah Alkohol sintetik yang digunakan itu terdapat pada buah-buahan seperti kulit limau, lemon, dan sebagainya? Juga pada susu dan adunan tepung (yang telah diragikan) setelah ia diperam?
  6. Adakah terdapat kemungkinan bahawa mabuk berpoya-poya itu terjadi hasil daripada benda yang tidak diminum pada kebiasaan para pemabuk, contohnya seperti petrol?
  7. Adakah Alkohol sintetik itu juga digunakan sebagai minuman? Dan yang meminumnya akan menyebabkan mabuk atau pun tidak?

Berdasarkan pemahaman terhadap sifat Alkohol sintetik dengan mengetahui jawapan bagi persoalan di atas, maka bolehlah kita menjawab mengenai hukum syariat pada penggunaan Alkohol dalam minyak wangi dan sebagainya.

Jika kita mengatakan ia adalah arak, maka hukumnya seperti arak juga dari setiap sudut dan tidak boleh diminum kecuali pada waktu darurat. Ia juga tidak dihalalkan untuk menjual, membeli, membawanya, dan tidak juga dihalalkan untuk memakan keuntungan daripadanya. Tidak boleh digunakan juga dalam minyak wangi dan sebagainya.

Jika kita mengatakan ia adalah suatu bahan yang berbeza dengan arak, sekalipun padanya terdapat sebahagian sifat arak – maka kita boleh mengatakan bahawa ia haram untuk diminum serta penggunaannya secara dalaman. Manakala penggunaannya secara luaran pula adalah tidak mengapa. Tidak diharamkan menjual, membeli, dan sebagainya kerana hal sedemikian.

Posted in Santapan Rohaniwith No Comments →

  • You Avatar
    This blog was developed by M.Fadzli.A.Bakar who is the author of the Malaysian teenage motivational book series known as Siri Chit Chat Remaja (CCR). This blog is meant to be an extension of the book series as a platform for the readers' expression of ideas and sharing of opinions. It is hoped that this blog will benefit us all through its writings, discussions and interactive comments.